ISU LYNAS : Untung atau rugi?

(Latihan Akhir Menulis Rencana)

oleh : Marina Ahmad

Penjelasan secara profesional daripada seorang pakar nuklear iaitu Ahli Parlimen Hulu Langat(PAS), Dr Che Rosli Che Mat, berhubung tahap radiasi projek Lynas yang rendah, sepatutnya sudah cukup untuk meyakinkan orang ramai daripada terus dimanipulasikan oleh sesetengah pihak serta menghentikan segala polemik berkaitan projek pembinaan kilang memproses nadir bumi (Rare Earth Element) di Gebeng, Kuantan.

Pembangkang terutamanya, Ahli Parlimen Kuantan daripada PKR, Fuziah Salleh seharusnya berasa malu dengan dakwaannya sebelum ini bahawa projek Lynas itu menghasilkan sisa radioaktif yang amat merbahaya.

Fuziah salleh

Sebenarnya isu Lynas bukanlah isu teknikal sebaliknya dipolitikkan, terutama  ketika Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir.

Masyarakat Kuantan mungkin masih belum dapat menghidu agenda yang tersirat di sebalik bantahan tersebut kerana tidak ramai yang memahami isu sebenar.

Mengapa pembatalannya akan menjadi satu kerugian kepada negara kita ?   Dan bagaimana pula ia akan memberikan keuntungan kepada pembangkang?

Tindakan kerajaan membuka kilang tersebut kerana kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sumber petroleum. Hasil lain seperti minyak sawit tidak memberi impak besar kepada ekonomi kerana permintaannya tidaklah tinggi. Nadir bumi adalah komponen terpenting dalam pembuatan telefon pintar dan kereta elektrik serta banyak digunakan dalam pembangunan teknologi hijau.

Ketika ini China merupakan satu-satunya negara yang membekalkan nadir bumi ke pasaran dunia sehingga 97 peratus bagi kegunaan industri. Kilang di Kuantan adalah salah satu daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memecahkan monopoli China. Satu lagi ialah di gurun Death valley California, Amerika Syarikat.

Ketika Jepun disekat oleh China untuk mendapatkan bekalan nadir bumi, Malaysia dilihat sebagai negara yang boleh membekalkannya sekaligus menjana pendapatan sehingga 80 biliion ringgit setahun.

Hakikatnya, jika muncul satu lagi kilang seumpamanya di Asia Tenggara, pasaran China akan terjejas dan terpaksa berkongsi dengan Malaysia. Mereka berusaha mendapatkan kerjasama daripada masyarakat Cina di negara ini untuk menghalangnya.

Situasi ini dilihat sebagai satu peluang terbaik oleh pembangkang untuk ‘menjerat’ kaum bukan Melayu menyokong mereka pada pilihan raya umum akan datang. Lalu ia dijadikan modal utama politik mereka untuk dimomokkan kepada rakyat.

Sandiwara pembangkang ini turut memperlihatkan penduduk Gebeng ‘dipaksa’ untuk menerima kenyataan bahawa kehadiran kilang itu akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan alam sekitar.  Ekoran ketakutan yang sengaja diperbesarkan itu, akhirnya, tanah tergadai dan rumah dijual demi menyelamatkan nyawa yang kononnya sudah berada di hujung tanduk. Maka akan berlakulah fenomena kejatuhan harga yang akan disambar dengan rakus oleh mereka yang sememangnya licik merancang agenda ini.

Pembangkang akan dilihat sebagai penyelamat dan Fuziah akan diarak sebagai jagoan tanpa menyedari penduduk Gebeng hanya sebahagian daripada pementasan sandiwara mereka ibarat ‘menang sorak kampung tergadai’. Siapakah yang rugi akhirnya ?

KADAR PENDEDAHAN RADIASI

PUNCA RADIASI

JUMLAH DEDAHAN RADIASI

Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari setiap hari selama setahun 150mSv75,000 kali ganda lebih kuar berbanding Lynas  
Dedahan radiasi kepada kru penerbangan selama setahun 9mSv4.5 ribu kali ganda lebih kuat berbanding Lynas  
Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray perubatan dan pergigian 0.1mSv – 0.39mSv195 kali ganda lebih kuat berbanding Lynas  
Dedahan radiasi tinggal didalam rumah batu selama setahun 0.07mSv35 kali ganda lebih kuat berbanding Lynas  
Dedahan radiasi tidur 8 jam sehari bersebelahan seseorang selama setahun 0.02mSv10 kali ganda lebih kuat berbanding Lynas  
Dedahan radiasi menonton televisyen  4 jam sehari selama setahun 0.02mSv10 kali ganda lebih kuat berbanding Lynas  
Dedahan radiasi oleh kilang Lynas kepada orang awam selama setahun 0.002mSv  
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s